Info Mengenai Kampung Beting Lintang

Kg Benting Lintang
Kampung Beting Lintang merupakan sebuah kampung yang terletak di Kampung Raja, dalam negeri Terengganu Darul Iman , iaitu sebuah negeri di timur Malaysia, dan yang bersempadan dengan Kelantan di utara, Pahang di bahagian barat dan selatannya dan Laut Cina Selatan di bahagian timur.kampong ini bersempadan dengan Daerah setiu terengganu.

Terengganu merupakan sebuah negeri yang mempunyai sultan dan salah sebuah negeri yang membentuk negara Malaysia. Ia juga dikenali dengan gelaran Terengganu Darul Iman. Terdapat banyak pulau peranginan yang terletak berhampiran pantai Terengganu, seperti Pulau Kapas, Pulau Redang, Pulau Perhentian Besar, Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Tenggol.. Terengganu terkenal dengan hidangan nasi dagang, dan keropok lekor.

Masyarakat
Masyarat di kg benting lintang terdiri dari kaum melayu 99% dan kaum cina 1%. kaum melayu dan kaum cina di kampung ini hidup dengan penuh rasa hormat dan menghormati sesama masyarat kampung. mejoriti perduduk kg benting linatang adalah beragama islam 99% 1% agama buddha. 
Memandangkan kg benting lintang terletak berhampiran dangan laut cina selatan maka  hampir 80% penduduk kampung ini berkerja sebagai nelayan laut dan nelayan sungai.

Pendidikan
Kampung Benting Lintang mempunyai sebuah Sekolah iaitu,Sekolah Kebangsaan Beting Lintang.
SMKK Tembila terletak di kg Pengkalan Kubur Tembila
Unisza (Universiti Sultan Zainal Abidin) Kampus Tembila.


Tempat beribadat
Kampung Benting Lintang mempunyai sebuah Masjid yang di kenali sebagai Masjid Benting Lintang (No Daftar: MY-11-BST-00060)  yang terletak di dalam Kampung Benting Lintang,Besut,Terengganu,Malaysia.

Pelancongan 
Kampong Benting Lintang terletak berhampiran dangan laut cina selatan oleh sebab itu kampong ini amat terkenal dengan lokasi pelancongan yang agak terkena di negeri Terengganu.kampong ini juga terletak berhampiran dengan bukit bubus paragliding part, berhampiran dengan kampung ini terletak sebua kem askar ia itu kem betalion ke 2 502 askar wataniah.

Di kampong ini juga terdapat beberapa buah chalet dan beberapa buah homestay yang harha sewa nya berpatutan dan sedia di sewa oleh pelancong, Antara nya  Sand Dune Villa Dan Nks Chalet, terdapat juga beberapa buah homesty seperti Homestay Teratak Perantau
.
Di kampong ini juga terdapat sebuah stesen minyak milik petro di mana terdapat mesin ATM dan pasar persatuan nelayan yang terletak di pantai benting lintang

Kampung bersebelahan di sebelah barat, adalah Kampung Pengkalan Kubur, Tembila dan di sebelah selatannya adalah kampung Gong Batu, Setiu. Di sebelah utara adalah Taman Ilmu dan Unisza (Universiti Sultan Zainal Abidin) Kampus Tembila.

Sukan 
Anak anak muda kampong ini bergiat aktif di dalam pelbagai suka seperti bola sepak, bola tampar pantai, dan futsal di mana di kampong ini terdapat gelanggang futsal sendiri.

Poskod
Poskod yang digunakan di adalah 22200